Wednesday, March 30, 2011

Saya Sayang Abang

Dua A, satu B tambah dan satu B tolak. Alhamdulillah. Sungguh tidak ku duga keputusanku. Aku menadahkan setinggi-tinggi kesyukuran kepad Allah S.W.T. “ Ya Allah. Andai aku diberikan kejayaan setimpal dengan usahaku, nescaya akanku laksanakan taggungjawabku, akan ku usaha ke arah cita-citaku dan akan ku tingkatkan segala kemampuanku. Kerana aku adalah bakal seorang Guru”.
Sememangnya, sudah menjadi impianku untuk menjadi salah seorang pendidik yang akan membentuk anak-anak bangsa pada masa akan datang. Aku yakin aku mampu melaksanakannya, namun aku belum pasti bila dan bagaimana aku mampu mencapai segala hasratku ini. Ibuku pernah menyoal kepadaku “Man, bila keputusan dah keluar nanti, man nak sambung pelajaran kat mana?”. Lantas aku menjawab “Man nak melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris mak”. Ibuku tersenyum mendengar jawapanku. Belum ada lagi dalam keluarga kami yang mampu menyambung pelajaran di Peringkat Instusi Pengajian Tinggi sepertimana yang aku impi-impikan. Kedua orang tuaku yakin dan bangga dengan pencapaianku sewaktu aku berada di tingkatan Enam Atas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuching No. 2. Aku telah dipilih sebagai Pelajar Sahsiah Terbaik dan aku juga menunjukkan potensi yang baik dalam bidang akademik serta ko-kurikulum. Para guruku yakin aku mampu mencapai keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan STPM dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Alhamdulillah, sekali lagi aku bersyukur kepada Allah kerana kini jalanku terbentang luas, cita-citaku kian jelas, hidupku semakin bebas. “Bebas” bicaraku sendirian. Aku mahukan ibu bapaku memberikan ruang kepadaku menjadi seorang yang lebih berdikari dan mampu menangung tanggungjawab yang berat seawal umurku agar masa depanku tidak sukar. Ya, itulah cita-citaku.

Tanggal 26 Mac 2010, inilah permulaan kisah hidupku. Sementara menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi pilihan, aku diberikan peluang untuk menjadi guru ganti di dua buah sekolah di sekitar kawasan kediamanku. Sekolah pertamaku ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina No. 2 yang terletak di Kota Samarahan. Sedikit jauh dari lokasi tempat tinggalku iaitu di Kampung Tabuan Melayu, Jalan Setia Raja. Dengan membonceng motosikal ayahku, selama dua bulan yang seterusnya aku mengajar sebagai seorang guru Pendidikan Islam di sekolah tersebut hingga tanggal 28 Mei 2011. Setelah tamat tugasku sebagai guru di sekolah tersebut, aku berehat selama seminggu. Walau bagaimanapun, tugasku sebagai seorang guru tidak tamat begitu sahaja. Tanggal 7 Jun 2010 aku telah diberi peluang kali keduanya sebagai seorang guru ganti di sekolah lamaku iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuching No. 2. Bagiku ini adalah cabaran yang amat berat kerana memikirkan bagaimana aku mampu mengadaptasi kehidupanku semula di sekolah tersebut sebagai seorang guru padahal beberapa bulan sebelumnya aku adalah pelajar di sekolah tersebut. Guruku pernah berkata “Man, jarang sekali ada orang yang diberi peluang untuk mengajar semula sekolah ini selepas bergelar seorang pelajar, namun Man ialah orang yang pertama dan kami cikgu-cikgu nak Man menjadi perintis kepada perubahan ini agar boleh dicontohi oleh pelajar lain”. Aku hanya terdiam, namun jauh disudut hatiku berbicara “Andai aku bisa melakukannya, sejauh manakah aku mampu bertahan”. Ini adalah keputusan yang sukar bagiku namun naluriku mendesak agar aku menerima peluang ini dan hadapi cabaran yang bakal mendewasakan diriku ini. “Aku boleh!” bisikku. Dengan penuh semangat aku memulakan langkahku sebagai seorang guru di sekolah tersebut dan sememangnya seperti yang ku duga, sungguh getir cabaranku disekolah tersebut. Dengan agenda pembelajaran yang lebih tinggi dan golongan pelajar yang lebih rumit karenah dan tingkahlakunya aku mulai bosan dan layu. “Ya Allah, semudah ini ujianmu namun aku tewas dalam usahaku. Ya Allah, berikan aku lebih semangat dan kekuatan untukku menghadapi hari-hari yang akan datang.

Di sinilah bermula segala-galanya. “Man, Man tak pernah terfikir ke nak buka kelas tuisyen?” Soal kakakku. “Tuisyen? Tak pernah terfikir pula Man nak buka kelas tuisyen. Nantilah kalau Man ada masa Man fikirnya.” Itu jawabku. Aku juga seringkali dipersoalkan oleh saudara maraku berkenaan peluang untukku mendapat lebih sumber kewangan melalui khidmat tuisyen kepada anak-anak saudaraku. Aku rasa mulai terbeban. “Sudahlah masalah dengan budak sekolah lagi tak selesai nak tanggung pulak kat rumah ni. Ahhh.. Aku bingung”. Sedang aku ligat memikirkan apa yang akan lakukan di dalam bilik, aku menjengah ke luar jendela. Melihat anak-anak kecil yang sedang bermain di luar rumah sememangnya melegakan fikiranku. Aku mulai khayal dengan fikiranku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara menjerit. “Oi, Kimi! Balik. Ibu panggil tu.” mataku ligat mencari dari manakah datangnya suara itu. “Cepatlah Kimi, mana selipar kau?” Aku terlihat seorang budak lelaki yang berbaju oren, berseluar coklat menarik-narik seorang kanak-kanak kecil lain sambil menunding jari ke arah seorang wanita di sebuah kereta Kenari. Aku hairan “Anak siapakah itu?” soalku keseorangan. Tanpa melengahkan masa aku ke beranda rumah untuk melihat budak tersebut dengan lebih dekat dan hatiku lantas ingin mengenalinya dengan lebih baik. Apabila aku tiba di beranda rumahku, aku dapat melihat dengan lebih jelas siapakan anak-anak itu. Rupa-rupanya itu anak jiranku yang tinggal di rumah neneknya berhadapan dengan rumahku. Aku hairan dan gusar kerana mulai dari saat itu aku banyak memikirkan siapakah anak-anak lelaki berbaju oren tersebut dan aku hatiku mendesak agar aku mendekatkan diri dengannya. “Tapi bagaimana? Apa manfaatnya? Apa gunanya?” Aku khayal semua dengan fikiranku dek kerana anak berbaju oren itu.

Keesokkan harinya aku ke sekolah seperti biasa dan hatiku masih lagi bertanyakan anak siapakah yang kulihat semalam. Tidak sabar juga rasanya aku ingin menunggu petang menjeang agar aku boleh melihat anak-anak itu. Aku menunggu dengan penuh gelisah. Menjelang petang, Aku sudah berada di beranda rumahku untuk menunggu anak-anak itu keluar semula. “ Yahh, itu dia.” bisikku keseorangan. Aku mulai bicara “Eh adik, mana abang adik semalam?” Aku menyoal. “Ah!” jawab anak kecil itu. Aku tahu Anak kecil itu merupakan adik kepada budak lelaki yang sedang ku cari-cari. “Kenapa abang cari dia?” soal anak kecil itu. Aku terdiam. “Ya Allah, apa nak jawab ni, tiba-tiba sahaja nak panggil anak orang ntah kenal ke tidak aku tak tahu.” Aku berfikir sebentar. Tidak beberapa lama kemudian anak kecil itu mulai hilang daripada pandangan mataku, bingkas aku menjerit “ Adik! Tolong panggil adik dulu?” anak kecil itu memandang mataku. “Kenapa?” Soalnya lagi. Aku terus menjawab tanpa sebarang fikiran. “Abang nak dia tuisyen dengan abang”. Anak-anak kecil itu pergi meninggalkan aku. Aku tahu dia pergi memanggil abangnya dan aku mulai kalut. “Ya Allah, bila masa pulak aku buka kelas tuisyen ni?” soalku sendirian.

Anak kecil itu datang bersama abangnya dan aku mulai tak keruan. “Kenapa?” soal abanganya. “Siapa nama awak?” soalku semula tanpa menjawab soalan darinya. “ Amir Izzat.” jawabnya perlahan. “Owh, sekolah kat mana?”. Soalku lagi. “Sekolah Rendah Tabuah Hilir depan tu.” jawabnya tunduk. “Aku mulai kehabisan soalan. Lantas aku berkata “Adik nak tuisyen dengan abang tak?” Budak tersebut diam lalu melihat kepada adik Kimi yang tersipu-sipu ketawa ditepinya. “Tuisyen apa?” soalnya lagi. Aku tidak pernah memikirkan jawapan kepada soalan itu namun dengan mudahnya aku menjawab “Apa-apa sahaja, yang Amir nak.” Amir itu melihatku dengan kehairanan. “Esok jumpa abang bawa kerja rumah ya” Jelasku lagi. Budak itu hanya memadang ke arahku dan menjawab “Tak pasti abang.” Aku tersentak dengan jawapanya. Aku terdiam. “ok” itu jawapanku.

Kesokkan harinya, seperti biasa aku menunggu kedatangan anak itu ke rumahku. Sama ada menerima tawaranku atau masih dibelenggu ketidakpastian. Aku menunggu dan terus menunggu. Tidak lama kemudian. “Assalamualaikum, abang man” kedengaran suara kecil di luar rumahku. Bingkas aku menjawab. “Walaikumussalam.” Aku terus ke ruang tamu untuk melihat suara siapakah yang memanggil namaku. Aku ke muka pintu dan melihat Kimi, adik kepada Amir Izzat sedang tersenyum kepadaku. “Tu abang saya nak tuisyen dengan abang. Tapi dia malu”. Kata Kimi sambil memegang sebatang ais-krim. Terukir senyuman di bibirku, Namun dimanakah anak itu? Aku bertanya “Mana abangnya?” “Tu ha masih membaca Majalah Ujang kat ruang tamu” jawab Kimi menunding jari kearah rumah neneknya. “Eh, kalau nak tuisyen jumpalah abang.” Soalku kehairanan. Aku ketawa kecil melihat telatah Kimi yang telah disuruh oleh abangnya untuk memberitahu keinginanya untuk tuisyen denganku. Aku menyuruh Kimi untuk memanggil abangnya sementara aku menunggu di ruang tamu.
A.


“Assalamualaikum?” kedengaran lagi suara memberi salam di hadapan rumahku. aku terus ke muka pintu untuk menyambut kedatangan pemberi salam tersebut. Ternyata penantianku berakhir. “Waalaikumsalam” jawabku sambil menyambut kedatangan Amir Izzat dengan berpakaian merah sambil membawa buku Bahasa Inggeris dan bekas pensil birunya ke rumahku. Aku membawanya ke bilikku dan kami terus berkenalan. “Suka baca buku Ujangkah” soalku. “Ya” jawabnya. “Owh, kerja rumah apa Amir bawa?” tanpa melengahkan waktu aku bertanya tentang kerja rumah yang ingin dibuatnya bersamaku. “English” jawabnya satu. Aku tidak mahu menimbulkan rasa kurang senang Amir terhadapku lantas aku mulai mengajarnya berkenaan dengan tugasan yang telah diberikan oleh gurunya. Aku kagum. Itu adalah ekspresi pertamaku terhadap anak itu. Perkenalan kami pertama kali itu membuatkan aku lebih minat untuk mengenalinya dan memahaminya. Tambahan lagi apabila aku lihat wajahnya ada sesuatu yang anak ini miliki yang tiada padaku. “Apakah perkara itu?” persoalan itu mulai timbul dan aku mulai mencari-cari jawapannya.

Sebulan selepas hari perkenalan kami, aku merasakan kami lebih mesra dan akrab berbanding pertama kali bertemu. Setiap kali selepas waktu persekolahan Amir akan ke rumahku dan kami akan menyelesaikan semua kerja rumah yang diberikan oleh gurunya dan aku juga turut memberikan kata-kata semangat dan sedikit ilmu yang ada padaku kepada Amir. Kami mulai mesra dan menurut ibuku, kami tidak seperti seorang murid dan guru, tetapi kami lebih akrab sebagai seorang abang dan adik. Terpahat kata-kata itu dihatiku. “Jikalau aku abangmu”, bicaraku sendirian, “maka aku akan memberikan lebih daripada apa yang seorang guru mampu sampaikan.” Aku mulai memasang matlamat. Amir yang sedang bersekolah rendah pada waktu tersebut dan berada pada tahun 5 awalnya jika dilihat melalui cara pembelajaran semasanya aku yakin Amir ini mesti seorang anak yang pandai dan bijak. Melalui caranya memanggilku cikgu dan menggunakan kata saya untuk merujuk dirinya, sememangnya menampakkan dirinya seorang yang beradab sopan dan seorang kanak-kanak yang baik.

Sedang aku leka mengajar Amir dan mengajar di sekolah lamaku. Aku mendapat panggilan dari guru lamaku. “Assalamualaikum, Erman, awak diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Universiti yang telah awak mohon awal tahun lalu.” Aku terkejut. “ Ye ke cikgu?” Aku terdiam seketika. Ya Allah, terima kasih kerana memakbulkan doaku dan kedua ibu bapaku. Aku bersyukur kehadratmu atas segala yang telah kau berikan kepadaku. Pada saat itu, aku mulai berbincang dengan ibu bapaku berkenaan dengan peluang melanjutkan pelajaran yang telah dimaklumkan oleh guruku. Sedang aku sibuk dengan persediaan untuk sesi pendaftaran ke Universtiti Pendidikan tersebut, aku teringat akan janjiku. “Jikalau aku abangmu, aku akan melakukan lebih daripada apa yang seorang guru mampu sampaikan.” Langkahku terhenti seketika apabila teringatkan janjiku itu. Terus aku ke luar rumah untuk mencari orang yang sedang aku fikirkan pada masa tersebut. “Amir Izzat, abang diterima di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.” Kataku selepas bertemu dengan Amir  sambil membawa buku Bahasa Melayu ke rumahku. “Betul ke. Baguslah.” Jawab Amir ringkas. Aku tidak mengerti apa yang Amir maksudkan namun aku yakin pasti dia turut gembira dengan keputusanku itu. Namun pada saat itu niatku mulai berbelah bagi kerana sekiranya aku pergi menuntut di institusi tersebut, maka aku akan meninggalkan sesuatu yang amat berharga demi sesuatu yang berharga. Aku mulai gusar dan tidak yakin dengan diriku lagi. Apakah keputusanku? bisikku sendirian.

Keesokkan harinya, seperti biasa sekembalinya aku dari sekolah, aku duduk berehat di bilik tamu menunggu Amir untuk tuisyen seperti biasa. Namun kali ini hatiku lebih gundah dan risau memikirkan situasi yang aku hadapi kini. Sudah jelaslah bahawa aku sememangnya aku perlu melanjutkan pelajaran ke Institusi tersebut namun kenapa hatiku berat memikirkannya. Hatiku seringkali mempersoalkan bagaimana agaknya Amir tanpa aku, bagaimana pelajarannya nanti, dan bagaimana anggapannya nanti terhadapku yang sudah berjanji untuk mengajarnya sehingga dirinya berjaya. Suasana suram menyelubungi ruang tamu tatkala aku memikirkan tindakanku seterusnya. Pada saat itu, ibuku datang padaku sambil membawa sebungkus kain. “:Nah, ini baju Melayu Hitam Man, untuk dipakai di sana nanti.” Aku hanya terdiam. Tidak memberi perhatian pada kata-kata ibuku. “ Apa yang kau fikirkan tu?” soal ibuku. “Ah, takde apa-apa”. “Ibu tahu, Man mesti fikirkan Amir kan.”  kata ibuku sambil tersenyum kecil. “Eh, macam mana ibu tahu ni?” soalku lagi. “Tu lah, meninggalkan orang yang kita sayang memang sedihkan. Takkan mak tak tahu perasaan anak sendiri.” jelas ibuku lagi. “Mak tak  tahu nak buat apa, sebab Man dah janji hendak mengajar Amir sampai dia berjaya.” kataku lagi. “Memang bagus niat Man. Tapi cuba fikirkan, kalau man berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, apa lagi yang Man mampu berikan pada Amir?” ibuku menatap mataku. Aku hanya membisu.

“Assalamulaikum.” kedengaran suara kecil di hadapan pintu. Aku terus bangkit dari kerusi meninggalkan ibuku yang sedang melipat baju melayu hitam yang akan ku bawa nanti. “Waalaikumsalam. Eh Amir, masuklah.” Aku terus mempelawa Amir ke bilikku sambil gerak-geriku diperhatikan oleh ibu. Ibuku hanya tersenyum dan sememangnya aku fahami isyaratnya namun aku belum mengerti maksudnya. “Bagaimana sekolah hari ini?” soalku sambil mendekatkan kerusi ke arah Amir yang masih berbaju sekolah dan bersongkok. “Biasa sahaja, minggu depan ujian, itu sahaja yang cikgu bagitahu hari ini”. Jawabnya sambil menggosok lengan bajunya yang kotor. “Oh, begitu. Jadi, bagaimana persediaan?”. Tanyaku lagi. “Tak tahu.” jawabnya selamba. Aku tersentak dengan jawapannya. “Amir kan exam minggu depan. Takkan tak bersedia kot?” soalku lagi kehairanan. “Sebelum ni pun saya takde belajar kalau ujian.” jawabnya sambil melipat lengan bajunya. “Hah. macam tu ke?” aku terkedu mendengar jawapannya. “Berapa keputusan Amir sebelum ini?” soalku terus. “Kalau tempat dalam kelas, saya dapat nombor dua puluh satu ujian lepas”. Jawabnya lagi sambil melihat ke wajahku. Aku diam seribu kata. Hatiku mulai berbicara. Kalau betul prestasinnya begitu, mengapa sepanjang aku bersamanya tidak memberikan tanggapan kepadaku bahawa dia ini anak murid yang lemah di dalam kelas. Sepanjang pembelajarannya denganku, aku tidak lihat kelemahannya malah aku dapat melihat potensinya mendapat keputusan yang baik dalam akademik. “Apa kurangnya?” aku hanya mampu memikirkan perkara ini bersendirian kerana mungkin Amir terlalu muda untuk dibawa berbicang mengenai keputusannya. Bisikku lagi “Apa yang boleh aku lakukan untuk mengubah keadaan ini, apakah langkahku seterusnya untuk membuktikan aku mampu mengajarnya?” sambil mataku melihat gerak geri Amir yang sedang membaca perenggan bahasa Inggeris yang aku fikir itu tugasan daripada gurunya hari ini.

Malamnya aku tinggal diam di bilikku memikirkan kata-kata ibuku siang tadi dan aku juga turut kesal dengan tindakanku kerana tidak bertanyakan pada Amir terlebih dahulu berkenaan prestasinya di sekolah dan beranggapan bahawa dia adalah pelajar cemerlang keputusannya. Tapi disudut hati kecilku aku yakin bahawa Amir merupakan seorang yang pandai. Melalui cara pembelajarannya aku teliti dan fahami bahawa adakah kesilapan itu mungkin daripada persekitannya yang tidak mendorongnya untuk belajar lebih kuat lagi. Ya, tidak syak lagi. Aku yakin bahawa tidak ada yang memberikan semangat kepadanya untuk belajar dengan lebih tekun lagi dan mungkin ibu bapanya ada memberikan semangat tetapi Amir juga aku fikir memelukan persekitaran yang baru supaya dia mampu melihat pembelajarannya dari aspek yang lain. Soal ibuku pula tidak habis ku fikirkan kerana aku terlalu leka dengan masalah yang dihadapi oleh anak didikku itu.

Tanggal 25 Julai 2010 tamatlah sudah tanggungjawabku di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kuching No. 2. Sememangnya aku merasakan tidak puas hati dengan usahaku disitu kerana hasilnya aku tidak dapat menarik perhatian pelajar sepenuhnya atas pengajaranku. Aku bertekad untuk terus mendalami bidang perguruan dan mempelajari psikologi pelajar dan bagaimana menangani konflik di dalam kelas tidak kira apa jua keadaan. Ini membawaku kepada persoalan ibu petang semalam yang menyatakan sekiranya aku cemerlang di universiti kelak apa yang mampu aku lakukan pada masa hadapan. “Erman, awak dah mula berkemas, tinggal dua minggu lagi pendaftaran, semua borang sudah diisi, bagaimana pula dengan pinjaman.” Cikgu Norlia menyapa dan menyoalku sedang aku tekun membersihkan kawasan meja guru buat terakhir kalinya. “ Ya cikgu, semua borang sudah saya isi dan pinjaman pun saya sudah selesaikan. Barang-barang belum semua saya sediakan, tinggal sedikit sahaja lagi cikgu.” jawabku sambil mengelap meja yang berdebu. “Oh, begitu. Kalau ada masalah maklumkan kepada cikgu ya, seronok mendengar anak murid masuk universiti ni. Tambahan lagi awak dah ada pengalaman mengajar. Cikgu rasa senang la nanti hidup awak kat sana.”. Guruku menambah lagi. Aku terdiam. Fikiranku terus melayang mengingatkan Amir yang akan menghadapi peperiksaan minggu hadapan dan minggu seterusnya aku terpaksa pula meninggalkannya untuk melanjutkan pelajaran. Adakah itu yang patut aku lakukan. Meninggalkan janjiku begitu sahaja. “Erman, kenapa awak?” bentak Cikgu Norlia. Aku tersentak dari lamunan. “Emm, cikgu. Sebenarnya Man ada masalah sedikit.” nyataku perlahan. “Masalah apa tu? Besar ke? tak cukup duit ke?” soal guruku bertalu-talu. Lantas aku menjawab “Taklah cikgu, sebenarnya saya tak tahu lagi nak pergi ke tidak.” Guruku diam. Matanya tidak berkelip-kelip memandangku. “Eh, kenapa pulak?” soalnya. “Saya sebenarnya masih keliru sebab saya tak tahu sama ada nak pergi atau tidak, kalau saya pergi saya akan memungkiri janji saya pada seseorang. Janji pada seseorang yang saya kira amat penting pada saya.” jawabku sambil kembali duduk ke meja guru. “Awak jangan main-main Erman, masakan kerana bercinta awak sanggup tinggalkan pelajaran awak?” bentak guru sambil memandangku serius. Aku terkejut dengan reaksinya. “Cikgu, bukan kerana bercinta saya tidak mahu menyambung pelajaran, tetapi janji saya pada adik saya yang akan mengajarnya sehingga berjaya.” ceritaku pada guru. Sememangnya aku fahami bahawa hasratku untuk melanjutkan lebih utama berbanding mengajar adikku, namun aku belum tahu bagaimana hendak menyatakan situasi sebenarnya pada guru. Aku terus menceritakan segala-galanya yang berlaku selama sebulan yang lalu. 

“Oh begitu, kenapa Erman tak cerita kepada cikgu awal-awal dahulu tentang adik Man ni?” soal guruku tersenyum kecil setelah mendengar ceritaku. “Sebab saya fikir perkara ni tak penting dan baru kini saya rasakan perlu untuk saya bincang dengan seseorang untuk mendapatkan pandangan. Menurut cikgu bagaimana?” soalku lagi. “Erman, hmm. Masalah awak ini sebenarnya biasa sahaja. Pernah tak awak dengar kata orang dulu-dulu, pengorbanan demi sebuah kejayaan, pengorbanan demi sebuah kasih sayang.” Aku menggaru kepala. “Maksudnya, Erman sekarang menghadapi fasa kehidupan yang paling utama dalam kehidupan Man sebagai seorang pelajar. Erman mesti mahukan yang baik untuk adik Man dan pastinya lebih baik daripada apa yang sudah sedia ada. Betul ke tidak?” soal guruku lagi. Aku menggangguk kepala tanda setuju. Guruku menambah lagi “Dengan ilmu yang ada pada Man sekarang, Man yakin Man boleh berikan yang lebih baik itu untuk adik Man? Aku terdiam. Kaku mendengar persoalan guruku. “Begini, Man fikirkan sekarang, adakah Man mampu untuk mengajar adik Man dengan ilmu yang sudah sedia ada dan begitu sahaja atau menambah lagi ilmu tersebut agar dapat memberikan yang lebih baik berbanding apa yang sudah sedia ada. Janji pada cikgu yang Man akan buat keputusan yang baik dan fikirkan keputusan yang boleh memberikan hasil jangka panjang, bukan hanya sekarang tetapi masa akan datang. Fikirkan Man.” Cikgu Norlia meninggalkan aku terus selepas mengucapkan kata-kata terakhirnya. Meningalkan satu persoalan yang  aku fikir itu adalah jawapan yang aku tunggu-tunggu.

Sekembalinya aku dari  sekolah, ku lepaskan segala kepenatanku di atas kerusi kecil tempatku selalu menunggu Amir untuk kelas tuisyen seterusnya. Telingaku masih terngiang-ngiang kata-kata Cikgu Norlia pagi tadi yang aku rasakan merupakan penyelesaian kepada masalah yang aku hadapi. Pengorbanan demi kejayaan, pengorbanan demi kasih sayang. Fikirku, inilah fasa utama dalam kehidupanku kerana aku perlu berkorban untuk sesuatu demi masa depan yang lebih baik. Untukku, Amir dan tidak lupa juga kepada keluargaku. Aku tidak memungkiri janji malah aku menjanjikan yang lebih baik lagi daripada apa yang telah aku janjikan. Aku akan kotakan janjiku,. Bisikku seorang. Kini aku nekad dengan satu keputusan yang aku kira merupakan penyelesaian yang baik kepada masalah yang aku hadapai.
“Assalamualaikum” kedengaran suara Amir di hadapan pintu. “Waalaikumsalam, masuklah.” pantas aku membuka pintu. “Cikgu, ibu kata tahniah sebab dapat masuk Universiti Perak.” bicara Amir kepenatan setelah sambil memberikan aku sekeping sampul surat putih. “Apa ni?” soalku terus. “Cikgu buka je lah, saya pun tak tahu.” Terus aku membuka sampul putih tersebut dan aku lihat beberapa keping wang sepuluh ringgit di dalamnya. Kulihat wajah Amir yang sedang mengelap peluhnya dan aku mulai bebisik pada hatiku. “Ya Allah, besarnya hasil yang kau berikan padaku padahal usahaku belum tamat lagi. Adakah aku layak menerima wang ini?”

“Cikgu!” bentak Amir. “Ibu tanya bila nak pergi. Kalau selepas peperiksaan boleh lah Amir ikut sekali untuk hantar cikgu. hehehe.” Ketawa kecil Amir seperti turut gembira merasakan peluang untuk aku melanjutkan pelajaran Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aku hanya tunduk mampu tersenyum mendengar kata-kata Amir dan aku yakin baru tadi aku memikirkan perkara ini dan aku rasakan niatku mulai kuat untuk melanjutkan pelajaran. “Amir, abang nak kata sesuatu kat Amir. mari sini.” kataku sambil menarik lengan bajunya. “Amir, mulai dari malam ini abang kan ceritakan segala perkara yang telah memberikan segala inspirasi kepada abang untuk mencapai peringkat ini dan abang juga akan ajar cara abang belajar dan segala persediaan abang sebelum menghadapai peperiksaan.” jelasku lagi. Aku rasakan itulah langkah terakhirku sebelum pergi meninggalkan Amir dan aku yakin itu adalah perkara yang perlu aku ajarkan sebelum aku pergi meninggalkannya. Pergi bukan selamanya, tetapi kembali dengan diriku yang lebih baik untuk memberikannya lebih baik. “Cikgu, minggu depan kan ujian. Jadi boleh tak saya bersama cikgu untuk ulangkaji sebelum cikgu ke Perak?” soal Amir memecah kesunyian di bilik sedang aku memikirkan perkara yang perlu aku ajarkan sebelum aku pergi. “Baiklah Amir, nanti kita akan ulangkaji bersama-sama. Amir bawa sahaja buku yang berkaitan dengan peperiksaan dan abang akan buat jadual belajar untuk Amir nanti.” kataku perlahan lantas kami meneruskan pelajaran hari itu dengan gembira dan ketawa. Masing-masing bersemangat untuk belajar dan ini memberikan aku lebih kekuatan untuk melanjutkan pelajaran kerana aku ingin sekali keadaan ini berkekalan sehingga aku mampu buktikan aku boleh membuat Amir berjaya.

Minggu peperiksaan sudah tiba. Amir bertungkus lumus untuk mengulang kaji pelajaran dan aku juga turut sibuk dengan persediaan sebelum mendaftar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris. Segala pakaian, alat-alat tulis, sijil-sijil dan segala borang pendaftaran telah ku lengkapkan, tinggal menunggu hari sabtu untuk menjelang tiba dan aku akan meneruskan perjalanan keduaku sebagai seorang pelajar di dunia yang belum pernah ku ketahui bagaimana persekitarannya. Dengan jadual pembelajaran dan yang telah aku sediakan untuk Amir, aku yakin prestasinya kali ini akan meningkat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Amir juga telah memberikan aku lebih semangat untuk mengajarnya.

Sehari sebelum aku pergi meninggalkan Sarawak, Amir bersetuju untuk bermalam di rumahku. Ibu bapanya juga tidak keberatan untuk memberikan Amir kebenaran tidur di rumahku begitu juga ibu bapaku. Malamnya sebelum tidur, Amir menceritakan segala kisah hidupnya kepadaku, berkenaan sahabat karibnya Doraemon, perkerjaan ibu dan bapanya, dan Amir juga turut menceritakan  kisah adik-beradiknya. Sememangnya pada malam tersebut aku mengenali lebih baik tentang Amir dan aku juga turut menceritakan latar belakang keluargaku dan teman-teman baikku kepada Amir. Aku juga tidak lepas menceritakan bagaimana ibu bapaku memberikan semangat untuk aku menuntut ilmu dan perihal guruku juga kuceritakan kepada Amir sebagai pembakar semangat kepadanya untuk menuntut ilmu. Lewat malam sebelum melelapkan mata, Amir telah menyatakan sesuatu kepadaku yang aku kira sangat bermakna dan itu membuktikan bahawa keakraban kami itu tulus dan benar. Katanya “Cikgu, saya nak kata sesuatu kat cikgu.”. “Apa tu?” soalku lagi.

“Saya sayang Abang.” matanya melihatku dan terus tidur. Aku terkejut dengan kata kata-katanya dan tinggal diam kerana Amir sudah tidur. Aku tidak mahu mengejutkannya hanya sekadar ingin tahu kenapa Amir berkata sedemikian. Kiranya, aku fikir Amir menyayangiku lebih sebagai seorang cikgu dan padanya aku ini seorang abang dan aku rasakan hatinya juga berat untuk melepaskanku pergi. Namun, hasratku ini lebih utama kerana untuk menjadi seseorang yang berjaya kita hendaklah berkorban deminya. Sungguh Amir memahami situasiku dan menyatakan rasa kasihnya padaku tatkala aku sedang memerlukan semangat daripadanya. “Terima kasih Amir.” bisikku perlahan sebelum kami tidur pada malam tersebut.


Keesokkan harinya, pada jam tiga petang, aku sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Aku ditemani ibu bapaku, Cikgu Norlia dan Amir juga turut ada untuk menemaniku. Sedang kami menunggu untuk penerbanganku ke Perak, aku dan Amir masing-masing hanya berdiam diri dan aku yakin kami sedemikian kerana berat hati dek kerana perpisahan sebentar lagi. Bagaimana aku mampu nyatakan padanya betapa hatiku ini turut merasakan pedihnya perpisahan dan Amir juga hanya tunduk dan turut merasakan apa yang aku rasakan pada ketika itu. “ Amir, abang pergi bukan untuk selamanya. Nanti abang akan balik waktu cuti dan kita akan belajar lagi macam hari-hari dulu. Abang pergi untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih supaya nanti abang boleh ajar Amir dan kita sama-sama akan jadi orang yang berjaya.” Amir hanya melihat wajahku dengan suram dan mengiakan kata-kataku walaupun aku kira itu sudah cukup pedih baginya selepas segala kenangan kami bersama-sama selama 2 bulan lebih. “ Amir, jangan bersedih ya, nanti abang janji abang akan selalu hubungi Amir dan apa-apa masalah yang Amir hadapi beritahu abang ya. Belajar bersungguh-sungguh nanti ya. Jangan pernah berputus asa.” Bicaraku perlahan dan lantas aku menarik Amir dan memeluknya dengan penuh kasih dan tidak pernah juga kurasakan betapa pedinya hatiku pada saat itu. Namun aku gagahi juga demi adikku yang tercinta.

“Amir, abang sayang Amir.” kataku sambil mengucup dahi Amir yang sudah kukira seperti adik kandungku. “Saya juga sayang Abang.” kata Amir sambil memelukku dan menangis seperti anak kecil yang kehilangan sesuatu yang sangat berharga. Baru ku rasakan itulah sebenarnya rasa kasih dan sayang kita terhadap seseorang yang kita benar-benar sayang. Kami sama-sama mengalirkan air mata sebagai tanda perpisahan dan sebagai pembuka kepada sebuah lembaran baharu kepadaku dan juga untuk Amir adikku. Pemergianku pada hari itu memberikan perubahan yang ketara dalam hidupku dan aku yakin kejayaan ku pada hari ini didorong oleh niatku untuk memberikan ilmu yang lebih banyak lagi kepada Amir bahkan aku juga turut memasang niat untuk menjadikan anak-anak serupa Amir ini berjaya sebagaimana yang aku mahukan pada adikku yang tercinta.

Kejayaan yang aku gapai di Universiti Pendidikan Idris selama ini merupakan dedikasiku padamu Amir dan pastinya kejayaan akan datang ini juga buatmu. Berjanjilah pada abang bahawa jangan pernah berputus asa dan berusahalah untuk mencapai hasrat dan cita-citamu. Carilah ilmu selagi  adanya kemampuanmu dan usah biarkan hidupmu diselubungi kekalahan. Bangunlah dari kegagalan dan bangkitlah demi Tuhanmu, keluargamu dan juga demi abangmu ini yang sentiasa menyayangimu.
*************************************************************************************
Tiga minggu kemudian…
..”Hello, abang Erman”
..”Hello, Amir ke?”
..” Ya abang. Abang apa khabar?”
..”Khabar baik adik. ”
..”Abang, Amir nak bagitahu berita baik ni.”
..”Ha, berita baik apa tu.”
..” Keputusan Amir dah keluar abang.”
..”Ye ke.”
..”Ya abang, adik dapat nombor DUA dalam kelas.”
..”Hah, nombor DUA, daripada nombor DUA PULUH SATU…….” aku diam. Kegembiraan.
Satu lagi kejayaan…….. Bisikku…
      

             

      

Friday, February 4, 2011

Berat~

As salam semuanya.. 

Hari ni Man nak berkongsi cerita tentang seorang insan yang lemah dan seorang yang sangat mudah menyayangi orang lain. Si dia ni dikenali dengan nama (mana boleh bagitau dulu)... hehe.. Dia ni boleh dikatakan seorang yang sangat mudah menyayangi orang lain kerana sejak lahir lagi dia sudah didik dengan penuh kasih sayang serta tidak pernah haus dengannya.. (sangat bahagia ya).. Namun sejak dua menjak ni dia dok mengadu kat Man, kesedihan ntah apa yang dia fikirkan.. hehe.. Cerita nya begini. Dia ni seorang pelajar IPTA yang boleh dikatakan sangat baik dalam pelajarannya. Semester dua tau (pembayang satu).. haha.. Tapi sejak beberapa hari ni dia kelihatan kuyu dan sayu. 
Man pun persoalkan, kenapa?? (nada suspen).. 
Dia pun jawab.. Weh, aku rindu la kat dia?...
Huh? aku jawab semula?.. 
Adik aku.. Jawabnya lagi...
Ala~.. haha.. Jiwang nya mamat nie (pembayang dua).. haha.. 
Adik lelaki ke perempuan?? Soal lagi ni.. haha.. 
Lelaki la.. jawabnya pantas.. (macam cerpen laa pulak)... 
haha.. Aik, rindu kat adik lelaki,, jiwang betul mamat nie.. (ulangan pembayang dua).. haha,, 
Jarang pulak orang rindu kat adik lelaki, kalau abangnya lelaki selalu rindu kat adik perempuan... haha.. 
Ko nie tak faham lah... 
"Huh" mukaku bingung.. haha,,,, 
Tak faham mendenya.. haha.. pelik lah ko nie...
Dia tu bukan adik aku betul.. 
Ahhhh... abis tu adik ko tu plastik la~.. haha...
Ish mamat nie.. bergurau pulak dia.. Nie ha, ko nengok gambar ni..
Alalalalala~ jiwang nya.. haha.. (sambil aku nengok gambar tu).. haha
Yang kau sedih nie kenapa, adik kau sakit ke kat rumah?
Tak la, aku rindu je... Hmm,, Habis tu kalau rindu balik la cuti ni.
Aku tak boleh la, mana ada duit nak balik Sarawak... (pembayang tiga)
Alala, kesiannya kau, kalau macam tu, cerita la kat aku pasal adik kau ni.. (menyibuk la pulak kan)
haha, nak aku cerita ke? kenapa pulak nak cerita kat orang?
Aik, habis tu tadi dah cerita, baik cerita habis, bak kata oran, kalau rindu, tapi tak dapat berjumpa, baik cerita tentang orang lain tentang orang tu kat teman-teman kita, lega lah sikit nanti.. (mana pulak datang benda tu).. Haha... Jadi dia pun ceritalah kat Man tentang kehidupannya, dan siapakah adik yang dia maksudkan tu, sangat terharu mendengarnya~.. Apa-apa pun, Man sendiri dah lihat bukti pengorbanan seorang abang dia atas muka bumi ini kepada adiknya, walaupun itu bukan adik kandungnya.. Tetapi konflik mula timbul disaat abangnya mula memerlukan semangat dari adiknya..... Bersambung.....